Ada yang semalamnya baik, hari ini jahat semacam setan
Ada yang semalamnya bahagia, hari ini sengsara dek neraka dunia
Ada yang semalamnya celik, hari ini sudah gelita membuta
Tapi kau masih membentak tak mahu percaya.
Konon kau masih muda.
Konon kau masih lama.
Bezanya hari ini dan semalam
Takkan terduga dek akal cetekmu
Aku sumpah
Kau tak akan tahu apa adanya pada hari esok
Celiklah.
Sekalipun dilanjut usia beribu tahun
Apa kau pasti akhirnya kau sepolos malaikat?
Apa kau pasti akhirnya
kau semulia para wali?
Takdir Tuhan
Manakan bisa kau elak
tepis
Meski kau lemas
bermandi harta
Meski kau bahagia
dilambung puji manusia
Ingat, itu semua
sementara.
Hari ini takkan sama semacam esok
No comments:
Post a Comment